MESYUARAT LPBM BIL.3/2023
Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia Bil 3/2023 telah diadakan pada 15 Disember 2023 (Jumaat) jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Putrajaya. Mesyuarat yang merupakan mesyuarat terakhir tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Pengerusi LPBM, YBrs. TPr Dr. Alias bin Rameli telah membincangkan perkara-perkara berikut:

  1. Kertas Penyediaan Simulasi Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)
  2. Pelaporan status semasa penyediaan Pindaan Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538)
  3. Kertas MIP International Benchmarking Study
Selain itu Pelaporan turut dibentangkan daripada berkaitan iaitu Jawatankuasa Penyiasatan, Jawatankuasa Amalan Profesional dan Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan. Mesyuarat juga telah bersetuju meluluskan sebanyak 25 permohonan Perancang Bandar Siswazah Berdaftar, 8 permohonan Perancang Bandar Berdaftar dan 7 permohonan pendaftaran Pertubuhan Perbadanan dan Perakuan Praktis (CoP).
TOP