MAJLIS PENYAMPAIAN PERAKUAN PENDAFTARAN PERANCANG BANDAR BERDAFTAR SERTA MAJLIS PENGHARGAAN DAN PELANTIKAN MAJLIS AKREDITASI PERANCANGAN BANDAR LPBM.

Lembaga Perancang Bandar Malaysia buat julung kalinya mengadakan Majlis Penyampaian Perakuan Pendaftaran Perancang Bandar Berdaftar dan Majlis Penghargaan dan Pelantikan Majlis Akreditasi Perancangan Bandar LPBM pada 27 Jun 2023 bertempat di Doubletree by Hilton Putrajaya Lakeside.Majlis yang turut disertai tetamu utama Pengerusi LPBM, YBrs TPr Dr Alias bin Rameli turut disertai oleh barisan Ahli-Ahli LPBM yang lain.

Pengerusi LPBM pada majlis ini telah menyampaikan sijil perakuan kepada seramai 7 orang Perancang Bandar Berdaftar baharu terdiri daripada pelbagai agensi termasuk PLANMalaysia negeri dan PBT. Selain itu LPBM meraikan sebagai tanda penghargaan kepada ahli Majlis Akreditasi Perancang Bandar LPBM sesi 2021/2023 yang diketuai oleh YBhg Datin TPr Hjh Noraida binti Saludin dan juga dianggotai wakil daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),En. Abdul Saman bin Taip.

Turut diadakan juga sesi penyampaian pelantikan baharu ahli-ahli tetap Majlis Akreditasi Perancang Bandar bagi Sesi 2023/2025 seramai 7 orang dan ahli-ahli gantian seramai 5 orang yang mana kesemuanya yang dilantik terdiri daripada wakil-wakil PLANMalaysia, Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) serta Universiti Awam. 

Sekalung ucapan tahniah kepada semua yang terlibat.


TOP