Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah mengadakan Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2026 pada 9 Jun 2026 (Selasa) di Putrajaya. Mesyuarat kali ini buat julung kalinya disertai oleh Anggota LPBM baharu yang mewakili profesion Arkitek Landskap, susulan penaungan profesion tersebut di bawah LPBM yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. Dua anggota yang mewakili profesion Arkitek Landskap ialah:
- LAr. Haji Mansor bin Mohamad – Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara (JLN)
- Prof. Madya LAr. Dr. Nor’Atiah binti Ismail – Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM)
Agenda utama mesyuarat meliputi:
- Permohonan pendaftaran Perancang Bandar Siswazah, Perancang Bandar Berdaftar dan perakuan praktis;
- Permohonan pendaftaran Arkitek Landskap Siswazah, Arkitek Landskap Berdaftar dan perakuan praktis;
- Pembentangan pelaporan jawatankuasa; dan
- Perbincangan serta maklum balas isu-isu berkaitan profesion perancang bandar dan arkitek landskap.
Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan LPBM dalam memperkukuh tadbir urus, mengangkat profesionalisme serta memastikan kualiti dan integriti profesion perancang bandar dan arkitek landskap di Malaysia.

