Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah mengadakan Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2026 pada 7 September 2026 (Isnin) di Putrajaya.
Agenda utama mesyuarat meliputi:
- Permohonan pendaftaran Perancang Bandar Siswazah, Perancang Bandar Berdaftar dan perakuan praktis;
- Permohonan pendaftaran Arkitek Landskap Siswazah, Arkitek Landskap Berdaftar dan perakuan praktis;
- Pembentangan pelaporan jawatankuasa; dan
- Perbincangan serta maklum balas isu-isu berkaitan profesion perancang bandar dan arkitek landskap.
Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan LPBM dalam memperkukuh tadbir urus, mengangkat profesionalisme serta memastikan kualiti dan integriti profesion perancang bandar dan arkitek landskap di Malaysia.

