MESYUARAT LPBM BIL. 1/2021

Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) Bil 1/2021 telah diadakan pada 9 Mac 2021 (Selasa) jam 2.30 petang yang dipengerusikan oleh Pengerusi LPBM, YBrs. TPr Gs. Dr. Shamsaini binti Shamsuddin.

Mesyuarat kali ini juga telah meluluskan permohonan baharu 26 perancang bandar berdaftar (PBb), 11 perancang bandar siswazah berdaftar (PBSb) serta 3 Pendaftaran Pertubuhan Perbadanan dan Certificate of Practice (COP).

Anggota-anggota LPBM turut mengambil kesempatan meraikan dua mantan anggota yang telah berakhir tempoh pelantikan selaku anggota LPBM iaitu YBrs. TPr Norasiah Bee binti Mohd Haniff yang bersara wajib pada 23 Februari 2021 dan TPr Rozita binti Hamit yang telah tamat tempoh lantikan selaku Presiden PERSADA pada 2 Mac 2021.

TOP