PELANCARAN PORTAL RASMI LPBM 2.0
Bersempena National Planning Congress (NPC) dan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2023 pada 8 November 2023, YBrs. TPr Dr. Alias bin Ramli selaku Pengerusi Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah meluangkan masa untuk melancarkan Portal Rasmi LPBM 2.0 di Reruai LPBM/MIP bertempat di Dewan Seri Siantan, Putrajaya. Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh barisan ahli-ahli LPBM serta dimeriahkan dengan kehadiran para peserta NPC.
TOP