MESYUARAT LPBM BIL.2 TAHUN 2023

Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia Bil 2/2023 telah diadakan pada 07 Julai 2023 (Jumaat) jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Akik Hijau, KPKT, Putrajaya.  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi LPBM, YBrs. TPr Dr. Alias bin Rameli telah membincangkan perkara-perkara berikut:

  1. Pelaporan oleh Majlis Akreditasi Perancangan Bandar LPBM berkenaan cadangan pelaksanaan syarahan secara dalam talian bagi Program Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (Kepujian) secara separuh masa (e-pjj AP221) daripada pihak UiTM.
  2. Pelaporan berkaitan siasatan kes yang dijalankan oleh Jawatankuasa Penyiasatan.
  3. Pembentangan cadangan keperluan peningkatan webhosting oleh Jawatankuasa Inovasi dan Teknologi Maklumat.

Mesyuarat juga telah bersetuju meluluskan sebanyak 29 permohonan Perancang Bandar Siswazah Berdaftar, 3 permohonan Perancang Bandar Berdaftar dan 5 permohonan pendaftaran Pertubuhan Perbadanan dan Perakuan Praktis (CoP)

TOP