MESYUARAT LPBM BIL.1 TAHUN 2023

Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia Bil 1/2023 merupakan mesyuarat pertama diadakan pada tahun 2023 telah diadakan pada 28 Mac 2023 (Selasa) jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Persidangan Tanjung, Ibu Pejabat PlanMalaysia, Putrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi LPBM, YBrs. TPr Dr. Alias bin Rameli telah membincangkan perkara-perkara berikut:

i. Cadangan Pindaan Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538)
ii. Pembentangan oleh Majlis Akreditasi Perancangan Bandar LPBM berkenaan permohonan daripada pihak UIAM, UiTM Kampus Sri Iskandar dan daripada UM

Mesyuarat juga telah bersetuju meluluskan sebanyak 13 permohonan Perancang Bandar Siswazah Berdaftar, 7 permohonan Perancang Bandar Berdaftar dan 7 permohonan pendaftaran Pertubuhan Perbadanan dan Perakuan Praktis (CoP)

TOP