LAWATAN TAMBAHAN BAGI TUJUAN AKREDITASI PENUH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH DENGAN KEPUJIAN, UTM, KUALA LUMPUR

Majlis Akreditasi Perancang Bandar telah mengadakan lawatan tambahan bagi tujuan Akreditasi Penuh Program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dengan Kepujian,  Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia pada 11 November 2022 bertempat di UTM, Kuala Lumpur. Tujuan lawatan ini adalah bagi melawat fasiliti sokongan kepada program separuh masa Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah yang merupakan  sebahagian program UTM yang diakreditasi oleh MAPB susulan lawatan akreditasi penuh pada 1 dan 2 November 2022.

MAPB disertai panel YBrs. TPr Hj Md Nazri b Mohd Noordin, YBrs TPr Mohamed Jamil bin Ahmad dan turut disertai wakil sekretariat MAPB,  TPr Khairon Zairee b Basiron. Delegasi lawatan ini telah disambut oleh Pengarah Program, YBrs Prof Madya TPr Dr Hairul Nizam b Ismail

TOP