SKALA FI MINIMUM 2022 - PINDAAN TERKINI

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 8(c) Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538], Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah meluluskan Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2022 pada 22 November 2022.

Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2022 ini melibatkan pindaan kepada Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2021 iaitu:

  1. Perkara 15 (i) (d) Fi Penyediaan Pelan Susun Atur bagi Permohonan Kebenaran Merancang - Jadual 15-3: Jadual pembayaran bagi Kaedah 15(i)(a) dan (b).
  2. Perkara 15 (i) (d) Fi Penyediaan Pelan Susun Atur bagi Permohonan Kebenaran Merancang - Jadual 15-4: Jadual pembayaran Kaedah 15 (i) (c).
  3. Perkata 15 (ii) Fi Penyediaan Pelan Susun Atur bagi Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan - Jadual 15-6: Jadual pembayaran bagi Kaedah 15(ii).

Sehubungan itu, LPBM telah bersetuju agar Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2022 menggantikan Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2021 BERKUAT KUASA BERMULA 1 DISEMBER 2022.

Klik di sini untuk lihat Arahan Pemakluman berkaitan 

TOP