PEMATUHAN KEPADA SKALA FI MINIMUM 2021

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 8(c) Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538], Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah menetapkan Skala Fi Minimum 2021 dan mula berkuat kuasa pada 9 Mac 2021.

Mana-mana Pertubuhan Perbadanan yang menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar yang dilantik untuk melaksanakan mana-mana perkhidmatan perundingan perancangan bandar hendaklah mengguna pakai Skala Fi Minimum 2021 tersebut dan tidak boleh mengenakan bayaran kurang daripada skala fi minimum yang ditetapkan.

Adalah menjadi SATU KESALAHAN kepada mana-mana Pertubuhan Perbadanan yang tidak mematuhi kepada Skala Fi Minimum 2021. LPBM boleh mengambil tindakan yang sewajarnya bagi yang melakukan kesalahan ini selaras dengan Akta 538.

Klik di sini untuk lihat Arahan Pemakluman berkaitan 

TOP