PEMAKLUMAN AM 2/2024 : MAKLUMAT ATAU BUTIRAN BERKAITAN PERANCANG BANDAR SISWAZAH BERDAFTAR, PERANCANG BANDAR BERDAFTAR, PERAKUAN PRAKTIS DAN PERTUBUHAN PERBADANAN.

Setiap permohonan perakuan pendaftaran baharu atau pembaharuan perakuan pendaftaran bagi Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar berdaftar, Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan hendaklah mengisi maklumat atau butiran lain seperti mana yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM).

Menjadi tanggungjawab setiap Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar berdaftar, Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan bagi memastikan maklumat atau butiran adalah BENAR, TEPAT, LENGKAP, TIDAK MENGELIRUKAN dan TERKINI dengan mengambil kira maksud, termasuklah apa-apa maksud yang berhubungan secara langsung, yang baginya maklumat itu dikumpulkan dan diproses selanjutnya oleh LPBM.

LPBM sentiasa memastikan maklumat atau butiran lain yang dibekalkan oleh Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar berdaftar, Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan hanya untuk urusan LPBM sahaja terutamanya bagi tujuan komunikasi seperti alamat, e-mel dan nombor telefon bimbit.

Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar berdaftar, Perakuan Praktis dan Pertubuhan Perbadanan hendaklah dengan kadar segera memaklumkan kepada Urus Setia LPBM jika terdapat mana-mana perubahan kepada maklumat atau butiran lain yang telah dibekalkan sebelum ini.

Klik untuk lihat Arahan Pemakluman berkaitan.

TOP