Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 8(c) Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538], Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah menetapkan Skala Fi Minimum 2021 dan mula berkuat kuasa pada 9 Mac 2021.
Mana-mana Pertubuhan Perbadanan yang menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar yang dilantik untuk melaksanakan mana-mana perkhidmatan perundingan perancangan bandar hendaklah mengguna pakai Skala Fi Minimum 2021 tersebut dan tidak boleh mengenakan bayaran kurang daripada skala fi minimum yang ditetapkan.
Adalah menjadi SATU KESALAHAN kepada mana-mana Pertubuhan Perbadanan yang tidak mematuhi kepada Skala Fi Minimum 2021. LPBM boleh mengambil tindakan yang sewajarnya bagi yang melakukan kesalahan ini selaras dengan Akta 538.
Adalah dimaklumkan bahawa LPBM telah memutuskan bahawasanya Perancang Bandar berdaftar dengan No. A 0579 disingkirkan dari senarai daftar selaras
dengan peruntukan subseksyen 33(d) Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538] berkuatkuasa 17 Ogos 2021.
Sehubungan itu, penama tersebut tidak layak untuk menjalankan sebarang kerja-kerja yang diperuntukkan di bawah subseksyen 13(1) Akta 538. Sebarang pelanggaran kepada perintah ini, LPBM berhak mengambil tindakan yang bersesuaian selaras dengan peruntukan Akta 538.
Sukacita dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) Bil. 1/2021 pada 09 Mac 2021 telah bersetuju dengan Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2021.
Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2021 untuk makluman dan perhatian selanjutnya.
Klik di sini untuk lihat dokumen