MESYUARAT LPBM BIL. 3/2021

Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) Bil 3/2021 telah diadakan secara fizikal dengan mematuhi SOP pada 24 November 2021 (Rabu) jam 2.30 petang yang dipengerusikan oleh Pengerusi LPBM, YBrs. TPr Gs. Dr. Shamsaini binti Shamsuddin. Mesyuarat ini juga pertama kali dihadiri oleh Anggota yang baharu dilantik iaitu YBrs. TPr Dr. Alias bin Rameli selaku wakil sektor awam.

Di antara agenda utama Mesyuarat kali ini adalah perbincangan mengenai pembangunan portal baharu LPBM yang sedang dibangunkan oleh perunding, dan juga telah meluluskan permohonan baharu perancang bandar berdaftar (PBb), perancang bandar siswazah berdaftar (PBSb) serta Pendaftaran Pertubuhan Perbadanan dan Certificate of Practice (COP).

Untuk makluman, mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat kali terakhir yang dipengerusikan oleh YBrs. TPr Gs. Dr. Shamsaini binti Shamsuddin sebagai kapasiti Ketua Pengarah PLANMalaysia memandangkan beliau akan mula bersara wajib pada 26 November 2021.

TOP