MESYUARAT LPBM BIL. 2/2021

Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) ke-2/201 telah berjaya diadakan pada 6 Julai 2021 (Selasa) jam 9.30 pagi yang kekal dijalankan secara atas talian (online) bagi mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi LPBM, YBrs. TPr Gs Dr. Shamsaini binti Samsuddin ini turut dihadiri pertama kali oleh ahli lembaga baharu YBhg. Datuk TPr Mohd Faidzal bin Hamzah, TKP (Perancangan) PLANMalaysia. 

Antara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini  diantaranya meluluskan permohonan Perancang Bandar Berdaftar dan Perancang Bandar Siswazah Berdaftar serta Pendaftaran Pertubuhan dan Perakuan Praktis (COP). Selain itu membincangkan mengenai sesi akreditasi yang telah dijalankan oleh Majlis Akreditasi Perancang Bandar ke atas beberapa IPTA.

Mesyuarat LPBM kali ini juga merupakan mesyuarat kali terakhir yang dihadiri oleh seorang ahli lembaga, YBhg. TPr Dr. Zainah binti Ibrahim yang bersara wajib pada 5 Julai 2021. LPBM mengucapkan selamat bersara dan maju jaya kepada beliau.

TOP