MESYUARAT LPBM BIL.3/2022

Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia Bil 3/2022 telah diadakan pada 22 November 2022, jam 9.00pagi bertempat di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur, Kampung Baru Kuala Lumpur. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi LPBM, YBrs. TPr Dr. Alias bin Rameli turut dihadiri oleh ahli-ahli LPBM termasuk ahli yang baharu dilantik, TPr Haji Abdul Hamid bin Akub.

Terdapat 3 pembentangan Laporan daripada Majlis Akreditasi Perancangan Bandar di dalam mesyuarat itu iaitu :

  1. Lawatan Akreditasi Penuh ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  2. Lawatan Audit Pematuhan ke Universiti Malaya (UM)
  3. Lawatan Audit Pematuhan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Selain itu satu kertas pembentangan Cadangan Pindaan Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2021. Mesyuarat juga telah bersetuju meluluskan sebanyak 14 permohonan Perancang Bandar Siswazah Berdaftar, 3 permohonan Perancang Bandar Berdaftar dan 7 permohonan pendaftaran Pertubuhan Perbadanan dan Perakuan Praktis (CoP).
TOP