MESYUARAT LPBM BIL.1/2022
Mesyuarat LPBM Bil. 1/2022 diadakan pada 11 April 2022 (Isnin) bertempat di Bilik Persidangan Tanjung PLANMalaysia Ibu Pejabat, Parcel F, Putrajaya. Mesyuarat ini merupakan sesi pertama kali yang dipengerusikan oleh Pengerusi LPBM baharu, YBhg. TPr Dr. Alias bin Rameli yang dilantik pada 7 Mac 2022 serta turut dihadiri anggota baharu LPBM, YBrs. TPr Nik Noraisu binti Nik Ibrahim dan Pendaftar LPBM, TPr Zamirzan bin Puji yang kedua-dua telah dilantik pada 1 April 2022.

Agenda Mesyuarat LPBM yang pertama dalam tahun 2022 ini  selain membincangkan perkara-perkara berbangkit serta semasa berkaitan profesion perancang bandar turut mendengar dan membincangkan kertas pembentangan oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan LPBM : Kajian Baseline Terhadap Tahap Penggunaan Teknologi Dalam Amalan Profesional Industri Pembinaan Ke arah Peningkatan Tahap Produktiviti. Kajian tersebut yang dianjurkan oleh  CIDB dan CREAM dan dijalankan oleh LPBM dengan kerjasama UiTM.

Selain itu Mesyuarat telah meluluskan seramai 17 orang Perancang Bandar Siswazah berdaftar, 12 orang Perancang Bandar Berdaftar, 8 Pertubuhan Perbadanan dan Perakuan Praktis (CoP). Pengerusi LPBM juga mengambil peluang pada mesyuarat hari ini  untuk menyampaikan suratcara lantikan bagi Anggota baharu, Anggota lantikan semula  dan Pendaftar baharu LPBM.  Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari

Kredit gambarfoto : media PLANMalaysia
TOP