Berita

08.02.2023

Kenyataan Tawaran Tender Terbuka Tahun 2023

Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding perancangan bandar dan wilayah yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 330206 untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut :

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-162
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Wilayah: Pelan Pengurusan Tanah Tinggi Cameron Highlands-Kinta-Lojing (CEKAL)

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-163
Tajuk Tawaran : Kajian Rancangan Wilayah: Pelan Pengurusan Persempadanan Antara Pekan-Kuantan-Kemaman-Dungun-Jerantut (PAKADJ)

Klik di sini untuk lihat dokumen

06.12.2022

SKALA FI MINIMUM 2022 - PINDAAN TERKINI

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 8(c) Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538], Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah meluluskan Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2022 pada 22 November 2022.

Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2022 ini melibatkan pindaan kepada Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2021 iaitu:

  1. Perkara 15 (i) (d) Fi Penyediaan Pelan Susun Atur bagi Permohonan Kebenaran Merancang - Jadual 15-3: Jadual pembayaran bagi Kaedah 15(i)(a) dan (b).
  2. Perkara 15 (i) (d) Fi Penyediaan Pelan Susun Atur bagi Permohonan Kebenaran Merancang - Jadual 15-4: Jadual pembayaran Kaedah 15 (i) (c).
  3. Perkata 15 (ii) Fi Penyediaan Pelan Susun Atur bagi Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan - Jadual 15-6: Jadual pembayaran bagi Kaedah 15(ii).

Sehubungan itu, LPBM telah bersetuju agar Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2022 menggantikan Skala Fi Minimum Perancang Bandar 2021 BERKUAT KUASA BERMULA 1 DISEMBER 2022.

Klik di sini untuk lihat Arahan Pemakluman berkaitan 

02.11.2022

PEMATUHAN KEPADA SKALA FI MINIMUM 2021

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 8(c) Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538], Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah menetapkan Skala Fi Minimum 2021 dan mula berkuat kuasa pada 9 Mac 2021.

Mana-mana Pertubuhan Perbadanan yang menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar yang dilantik untuk melaksanakan mana-mana perkhidmatan perundingan perancangan bandar hendaklah mengguna pakai Skala Fi Minimum 2021 tersebut dan tidak boleh mengenakan bayaran kurang daripada skala fi minimum yang ditetapkan.

Adalah menjadi SATU KESALAHAN kepada mana-mana Pertubuhan Perbadanan yang tidak mematuhi kepada Skala Fi Minimum 2021. LPBM boleh mengambil tindakan yang sewajarnya bagi yang melakukan kesalahan ini selaras dengan Akta 538.

Klik di sini untuk lihat Arahan Pemakluman berkaitan 

12.05.2022

Kenyataan Tawaran Tender Terbuka Tahun 2022

Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding perancangan bandar dan wilayah yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 330206 untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut :

No. Tender : JPBD(IP)S 185/646/1-149
Tajuk Tawaran : Kajian Tahap Ketepuan dan Penentuan Intensiti Pembangunan Bandar

Klik di sini untuk lihat dokumen

21.02.2022

Pemakluman penyingkiran sebagai Perancang Bandar berdaftar LPBM

Adalah dimaklumkan bahawa LPBM telah memutuskan bahawasanya Perancang Bandar berdaftar dengan No. A 0579 disingkirkan dari senarai daftar selaras dengan peruntukan subseksyen 33(d) Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538] berkuatkuasa 17 Ogos 2021.

Sehubungan itu, penama tersebut tidak layak untuk menjalankan sebarang kerja-kerja yang diperuntukkan di bawah subseksyen 13(1) Akta 538. Sebarang pelanggaran kepada perintah ini, LPBM berhak mengambil tindakan yang bersesuaian selaras dengan peruntukan Akta 538.

TOP