Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh ke atas Program Sarjana Sains (Perancangan), Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan Dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM) oleh Majlis Akreditasi Perancangan Bandar, Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah diadakan pada 24 dan 25 April 2018.

Panel yang menghadiri sesi lawatan tersebut terdiri daripada ahli Majlis Akreditasi Perancangan Bandar, LPBM iaitu;

  • TPr Hj. Ihsan bin Zainal Mokhtar  –  Pengerusi
  • TPr Hj. Md. Nazri bin Mohd. Noordin  –  Anggota LPBM
  • Dato’ TPr Hj. Mohd. Zaki bin Ibrahim  –  Anggota LPBM
  • Madya TPr Dr. Jamalunlaili bin Abdullah  –  Wakil IPTA
  • TPr Dr. Alias bin Rameli  –  Wakil PLANMalaysia
  • MQA  –  Tiada Wakil
  • TPr Zulazhar bin Abd Ghani  –  Ketua Urus Setia LPBM
  • Cik Siti Sakinah binti Mohamed Pouzi  –  Urus Setia LPBM

Lawatan Akreditasi ini bertujuan untuk memantau dan menyemak kurikulum yang ditawarkan oleh USM agar memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi dan Lembaga Perancang Bandar Malaysia.