Sukacita dimaklumkan bahawa PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) akan mengiklankan tawaran TENDER TERBUKA bagi projek tahun 2020 di laman web MyPRocurement, Kementerian Wilayah Persekutuan, PLANMalaysia bermula 6 Februari 2020 hingga 27 Februari 2020 seperti di lampiran (klik sini).

Untuk makluman, dokumen pelawaan akan mula dijual di kaunter Seksyen Kewangan Aras 12, Blok F5, Presint 1, 62675 Putrajaya dengan kadar RM50.00 bagi setiap satu (1) set bermula 6 Februari 2020.