Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh ke atas Program Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah, Fakulti Senibina, Perancangan Dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM) oleh Majlis Akreditasi Perancangan Bandar, Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) telah diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 7 Mei 2018 (Isnin)
Tempat : UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar

Tarikh : 15 – 16 Mei 2018 (Selasa – Rabu)
Tempat : UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

Panel yang menghadiri sesi lawatan tersebut terdiri daripada ahli Majlis Akreditasi Perancangan Bandar, LPBM iaitu;

  • TPr Hj. Ihsan bin Zainal Mokhtar – Pengerusi
  • TPr Hj. Md. Nazri bin Mohd. Noordin – Anggota LPBM
  • YBhg. Dato’ TPr Hj. Mohd. Zaki bin Ibrahim – Anggota LPBM
  • YBhg. Prof. Dato’ TPr Dr. Mansor bin Ibrahim – Wakil IPTA
  • TPr Dr. Alias bin Rameli – Wakil PLANMalaysia
  • MQA – Tiada Wakil
  • TPr Zulazhar bin Abd Ghani – Ketua Urus Setia LPBM
  • Encik Yusnaim bin Abdul Rani – Urus Setia LPBM

Lawatan Akreditasi ini bertujuan untuk memantau dan menyemak kurikulum yang ditawarkan oleh UiTM agar memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi dan Lembaga Perancang Bandar Malaysia.