Sukacita dimaklumkan bahawa PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) akan mengiklankan tawaran TENDER TERBUKA bagi projek tahun 2020 di laman web MyPRocurement, Kementerian Wilayah Persekutuan, PLANMalaysia bermula 2 Mac 2020 hingga 23 Mac 2020 seperti di lampiran (klik sini).

Untuk makluman, dokumen pelawaan akan mula dijual di kaunter Seksyen Kewangan Aras 12, Blok F5, Presint 1, 62675 Putrajaya dengan kadar RM50.00 bagi setiap satu (1) set bermula 2 Mac 2020.